ranjau kehidupan yang mencabar

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera, nama diberi muhammad yusof nur dari jurusan kejuruteraan elektrik yang mendaftar di UTM pada 4/9/2011.

Mendapat pendidikan awal di Taski ABIM seri medan pada1997 dan 1998. Seterusnya meneruskan lagi pelajaran di SK Seri Pasir sehingga berjaya menduduki UPSR pada 2005. Dengan pencapaian 4A 1B, saya meneruskan lagi pelajaran di SMK Jalan Kolam Air sehingga tingkatan 3 kerana mendapat tawaran ke MRSM Batu Pahat. Ketika itu saya memperoleh 8A 1C dalam PMR. Menduduki SPM pada 2009 dengan memperoleh 7A 2B, saya melanjutkan pelajaran di UiTM dalam jurusan Asasi Kejuruteraan. Sepanjang tempoh di UiTM, saya banyak didedahkan dengan subjek yang berteraskan kejuruteraan. Memperoleh CGPA 3.45 dalam Asasi, saya seterusnya melanjutkan pelajaran ke UTM dalam jurusan kejuruteraan elektrik. Merancang untuk mendapatkan gelaran "professional engineer" (Ir) dalam kejuruteraan elektrik dan membangunkan lagi industri aru voltan tinggi selaras dengan negara maju, InsyaAllah.