Pena Berbicara /
International Service Learning

Assalamualaikum. Dari 27 Jun sehinggalah 11 Julai ini merupakan tarikh untuk saya dan rakan-rakan MPM serta Pengerusi JKM Kolej UTM untuk membuat persiapan-persiapan sebelum menyertai Program International Service Learning di Indonesia. Service Learning ini merupakan satu subjek kokurikulum yang akan mula boleh diambil oleh mahasiswa UTM bermula sesi 2011/2012 nanti. Program ini menjadikan Program Kuliah Kerja Nyata (KKN) di Indonesia sebagai contoh utama, di mana mahasiswa akan dihantar ke satu-satu tempat dan melakukan pemindahan teknologi di sana. Ia akan menjadi medan kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan 7 Kemahiran Insaniah yang digazetkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

InsyaAllah, kami sebagai perintis bagi program ini,akan melakukan terbaik untuk dikongsi bersama rakan-rakan mahasiswa yang lain.