Refleksi kelas Group Counseling - 23.5 .2018

Assalamualaikum

              Pada kelas Group Counseling  pada tarikh 23.5.2018 merupakan kelas terakhir bagi semester ini. Secara peribadi saya berasa sedih kerana perjalanan saya sebagai pelajar di UTM kian menghampiri titik penamat dan saya amat berterima kasih kepada Dr Nasir kerana sudi mengajar saya dan kawan-kawan saya bagi subjek ini.Secara peribadi, saya sudah menganggap Dr Nasir seperti ayah saya sendiri , dimana beliau merupakan insan yang penting dalam perjalanan akademik  saya di Utm. Dimana semua sedia maklum, beliau merupakan supervisor PSM saya.  Amat payah dan tidak mungkin dapat saya balas jasa yang Dr Nasir buat kepada saya. Terima kasih Dr Nasir,ingatan dan doa saya akan selalu saya iringkan kepada Dr Nasir.

          Pada sesi kuliah ini, Dr Nasir menyampaikan kuliah tentang “Drawing Out” yang merujuk kepada kemahiran yang diperlukan bagi menggalakkan ahli kumpulan untuk memberi pandangan terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan. Terdapat beberapa sebab yang menjadikan seseorang menjadi pendiam iaitu seperti takut ,dimana seseorang individu terlalu risau apa yang mereka fikirkan terhadap diri dia dan takut kepada komen negatif yang dilemparakan oleh orang lain kepada diri mereka. Selain itu sebab kedua ialah “quiet by nature” yang merujuk kepada individu yang memang dilahirkan suka mendengar daripada bercakap. Manakala sebab ketiga ialah “not mentally present” yang merujuk kepada fizikal dan  mental tidak selari dan berada jauh bertentangan

                 Semasa sesi kuliah yang terakhir ini juga, Dr Nasir turut mernjelaskan beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi proses “drawing out”  seperti  “direct method” yang merujuk kepada kaedah dimana meminta ahli ‘group counseling” yang ingin memberi komen atau mempunyai sebarang reaksi terhadap isu dan perkara yang sedang dibincangkan.Kaedah lain yang turut dinyatakan ialah “use of round” iaitu dimana meminta setiap ahli  ‘group counseling” untuk memberi komen dan reaksi .Selain itu, “use of written”. Dimana memerlukan setiap ahli group counseling” untuk menyiapkan tugasan bertulis seperti menjawab beberapa soalan dan mengisi isi tempat kosong.

           

            Kesimpulan yang boleh saya buat daripada sesi pengkuliahan pada tarikh tersebut ialah saya merasakan “drawing out” merupakan kemahiran yang harus dimiliki oleh setiap ketua yang mengetuai sesebuah sesi “group counseling” agar menggalakan dan memperkayakan kandungan dan informasi yang terdapat semasa menjalankan sesi  “group counseling”