Refleksi kelas Group Counseling - 16.5 .2018

Assalamualaikum

              Pada kelas Group Counseling  pada tarikh 16.5. 2018, Dr Nasir telah menyambung pengajian tentang  “Cutting Off” yang merujuk kepada situasi dimana ketua mencelah dan memotong percakapan yang dilontarkan oleh para ahli “group counseling”. Menurut Dr Nasir, tujuan “Cutting Off” dilakukan adalah untuk beberapa tujuan antaranya ialah untuk  memberi peluang kepada member lain untuk bercakap dan untuk melindungi ahli dari perkataan dan ucapan yang kurang sopan yang mungkin akan mengguris hati dan perasaan ahli yang lain. Ketua yang mengetuai sesebuah sesi “group counseling”  haruslah memiliki  kemampuan dan keupayaan bagi “ cutting off “ iaitu mencelah dan memotong percakapan apabila  menyedari terdapat ahli yang cuba menjadi dominant dalam sesi tersebut.

             Terdapat beberapa perkara dan aspek penting yang berkait rapat dengan “Cutting Off” iaitu seperti “timing” yang merujuk kepada tindakan Ketua yang mengetuai sesebuah sesi “group counseling” untuk menghentikan  ahli sebelum beliau  berleter panjang dengan memberi nasihat yang tidak relevan . Selain itu  aspek kedua ialah “use of voice” dimana  intonasi suara dikuatkan bagi bukan dengan tujuan untuk menghina, sebaliknya untuk menghentikan  sesuatu yang tidak membantu dalam perjalanan sesi “group counseling”.

             Terdapat 3 cara yang boleh digunakan dalam pengaplikasian “Cutting Off” iaitu “cut and stay with the person”,” cut and stay with the topic” dan juga “cut and leave the person and the topic”. Semasa sesi pengkuliahan pada tarikh tersebut, Dr Nasir turut menjelaskan beberapa keadaan yang dibenarakan untuk dibuat “Cutting Off” iaitu seperti “when a member’s comment conflict with the group’s purpose”, “when a member is saying something hurtful” dan juga “when a member is saying something inaccurate”.

Kesimpulan yang boleh saya buat daripada sesi pengkuliahan pada tarikh tersebut ialah saya merasakan “Cutting Off” merupakan kemahiran dan kualiti yang harus yang dimiliki oleh setiap ketua yang mengetuai sesebuah sesi “group counseling” dalam  mewujudkan kesamarataan dari aspek peluang kepada setiap ahli “group counseling” untuk berkongsi dan meluahkan apa sahaja yang ingin disampaikan.. Hal ini penting bagi mengelakkan daripad a berlakunya dominasi oleh seseorang ahli sahaja.