Assalamualaikum
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 9.4.2018, Dr Nasir telah menyambung pengajian tentang “Exercise”.Semasa sesi pengkuliahan tersebut Dr Nasir telah membincangkan beberapa perkara dan aspek berkaitan dengan “Exercise” yang meliputi aspek antaranya seperti sebab (reasons), kelebihan (advantages).Antara sebab (reasons), kelebihan (advantages) daripada pengoperasian dan penggunaan “Exercise” semasa mengendalikan sesi group kaunseling ialah seperti dapat meningkatkan tahap keselesaan para ahli kaunseling kumpulan . Sebagai contoh dyad boleh meningkatkan rasa selesa/sedia ketika awal sesi (yang tak kenal).Selain itu juga antara manfaat lain daripada menjalankan “exercise” ialah seperti dalam meningkatkan penglibatan peserta atau member by providing common experience dan juga merangsangkan minat dan tenaga ahli kumpulan.
Semasa sesi kuliah pada tarikh ini juga, Dr Nasir turut menjelaskan kesilapan yang sering dilakukan oleh ketua “group counseling” iaitu memperuntukan masa yang terlalu banyak dan lebih bagi menjalankan “exercise”. Aspek terakhir yang turut dibincangkan dan dibahaskan oleh Dr Nasir bagi tajuk ini ialah berkaitan pada bilakah boleh dilakukan “exercise” dan opening.
Kesimpulan yang boleh saya buat daripada sesi pengkuliahan pada tarikh tersebut ialah saya merasakan “exercise” memainkan peranan yang amat penting bagi mewujudkan satu persekitaran hubungan yang harmoni antara semasa ahli kumpulan yang masing- masing belum lagi mengenali antara satu sama lain. Didalam masa yang sama , akan dapat meningkatkan semangat dan keterujaan para ahli “group counseling” untuk mengikuti perjalanan sesi “group counseling” yang dijalankan.