Pengalaman Berada di Kelas Circuit Theory SKEE 1023

Assalamualiakum.......

Circuit Theory SKEE 1023 merupakan teori asas bagi kejuruteraan elektrik , jadi setiap mahasiswa yang mengambil kursus kejuruteraan elektrik wajib menguasai subjek ini . Antara sub-sub topik yang diajar dalam subjek ini ialah Basic Concept , Basic Law Method Analysis , Circuit  Theorem ,Operational Amplifier , Capacitors and Inductance , Sinusoids and Phasor , dan Sinusoidal Steady-State Analysis .

Jadi , kelas saya adalah 13 (SKET) dan subjek ini diajar oleh Puan Fatimah Sham binti Ismail . Pembelajaran yang diajar olen Puan Fatimah amat ringkas dan yang penting sekali mudah difahami dengan jelas sekali . Pada peringkat permulaan , kami diajar mengenai Basic Law dan konsep bagi teori litar elektrik . Asas formula elektrik adalah berdasarkan V=IR , kemudian formula ini berkembang kepada kedudukan resistor (perintang) sama ada siri atau selari dan pemahaman mengenai pengiraan litar tersebut .Seterusnya terus berkembang kepada Method analysis seperti Mesh analysis , Node analysis , Superposition theorem , Thevenin Theorem dan Norton analysis . Kaedah-kaedah ini amat penting kerana ini merupakan fundamentak yang penting dalam menganalisis litar-litar yang agak rumit .

Kemudian kami belajar pula Operational amplifier . Dalam topik ini saya dapat mengetahui pelbagai jenis amplifier seperti inverting amplifier , summing amplifier , non-inverting amplifier , ideal amplifier , difference dan cascaded amplifier . Bagi amplifier yang asas , saya mengetahui arus di terminal positif dan negatif  adalah 0A , kemudian voltan di kedua-dua terminal adalah sama .

Seterusnya saya juga belajar cara menukar nilai capacitor dan inductor dalam bentuk impedence iaitu dalm bentuk imaginary seperti j2 dan -3j .kemudian saya belajar AC analysis iaitu bagi topik sinusoid dan phasor . Disini saya dapat belajar cara menukar time domain ke bentuk phasor form amat berguna untuk saya praktikan dalm topik seterusnya iaitu sinusoidal steady state yang menekankan nodal analysis , mesh analysis , superposition theorem, source transformation  ,thevenin dan Norton

Saya amat seronok belajar subjek ini kerana bukan sahaja subjek ini amat penting , malah suasana yang wujud semasa pembelajaran amat menyeronokkan . Pelajar di kelas tersebut amat ramah dan Puan Fatimah Sham juga amat berdedikasi dalam mengajar subjek ini....:)