Dalam sesi pembelajaran kali ini saya mempelajari tentang cara memotong (cutting off) perkongsian klien yang berlebihan atau tidak berkaitan dengan topik dibincangkan. Ketua memainkan peranan dalam memastikan sesi perbincangan berjalan lancar dengan menghentikan klien dari terus bercakap,mencelah kata-kata klien, dan menyekat perkongsian yang tidak berkaitan dengan topik. Tindakan ini perlu dilakukan supaya ahli kumpulan lain berpeluang berkongsi pendapat dan pengalaman tanpa sebarang gangguan dan sesuai digunakan apabila salah seorang dari ahli kumpulan cuba menggunakan perkataan yang tidak sopan atau wujud pemikiran atau tingkah laku yang negatif.
Teknik yang boleh digunakan untuk memotong atau menghentikan perkataan klien yang berlebihan:
-potong dan masih bersama dengan klien
-potong dan masih berbicara tentang topik yang sama
-potong dan tinggalkan klien dan topik yang sedang dibincangkan
Perkara penting yang perlu diambil perhatian dalam memotong perkongsian klien iaitu masa, penggunaan suara, penjelasan, isyarat bukan lisan dan sebagainya.