Saya sebagai pembantu di dalam sesi kaunseling kumpulan ini telah mendapat pelbagai maklumat yang boleh diperbaiki sepanjang sesi yang telah kami jalankan. Kami berharap agar pengalaman di Baitus Solehah dapat mengasah kemahiran kaunseling kami dalam mengendalikan sesi kaunseling kumpulan pada masa hadapan. Semangat penghuni di sana telah memberikan impak yang positif kepada diri saya dari aspek keselamatan diri, kepercayaan terhadap orang lain dan sikap berdikari dalam menjalani kehidupan. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik rumah perlindungan Baitus Solehah kerana memberi peluang kepada kami untuk menjalankan sesi kaunseling bersama penghuni Baitus Solehah. Saya juga sangat menghargai kerjasama yang diberikan oleh penghuni di sana dan berharap kita dapat berjumpa lagi selepas ini. Tidak ketinggalan juga kepada Dr. Nasir Masroom kerana memberi peluang kepada kami untuk menimba pengalaman dalam menjalankan sesi kaunseling yang sebenar dengan masyarakat di luar. Semestinya setiap pengalaman dan perkongsian yang saya perolehi di rumah perlindungan tersebut akan menjadi satu panduan untuk saya dalam melaksanakan sesi kaunseling dan pengajaran untuk diri saya dalam menjalani kehidupan di dunia yang sementara ini.