REFLEKSI DARI SESI KAUNSELING DI BAITUS SOLEHA (SESI KEDUA)

       Saya sebagai pembantu pada sesi kaunseling kali ini berpuas hati dengan sesi kaunseling yang kami jalankan. Hal ini kerana, setiap klien mula untuk menceritakan kisah mereka dengan lebih terbuka kepada kami. Hanya segelintir klien yang masih tidak memberi responden yang baik kerana mempunyai kisah silam yang menganggu dirinya berkongsi masalah dengan kami. Namun begitu, dia menyatakan hasratnya untuk lebih terbuka dan cuba mempercayai kami pada hujunng sesi. Di harapkan agar klien tersebut dapat meluahkan segala apa yang tersimpan dihati pada sesi seterusnya kepada kami. Keseluruhannya, saya berasa simpati apabila mendengar kisah mereka dan apa yang membuatkan saya berasa teruja apabila mereka mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk meneruskan hidup walaupun mereka sebelum ini merasa sedih dan berputus asa. Saya sebagai pembantu juga sudah merasa akrab dan selesa dengan suasana dan layanan mereka di sana. Saya berharap agar sesi kaunseling berkelompok pada sesi seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kami dengan penghuni rumah perlindungan Baitus Soleha. Saya juga berharap dengan sesi kaunseling yang kerap dapat menambahkan keyakinan saya dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai dengan lebih yakin dan teratur. Akhir sekali, saya merasakan bahawa teknik dyad dan triad adalah teknik yang berkesan untuk menggalakkan lagi klien berkongsi cerita dan pengalaman dengan lebih terbuka.