RUMUSAN DARI KELAS KAUNSELING KELOMPOK (minggu ketujuh)

Ringkasan pembelajaran:

Memulakan sesi

-Sebelum memulakan sesi perbincangan atau kaunseling, ketua hendaklah membina hubungan yang baik antara ahli kumpulan, membina kepercayaan,menyuntik pemikiran positif, kefahaman dan keserasian antara satu sama lain supaya setiap ahli kumpulan terbuka dan tidak segan berkongsi cerita dan pendapat.

-ketua juga tidak boleh terus menghakimi atau menuduh atau berfikiran negatif terhadap ahli kumpulan.Namun, ketua hendaklah cuba memahami situasi klien melalui persepsi yang diberi, perasaan empati juga perlu wujud dalam diri ketua.

-Semasa sesi bermula, ketua hendaklah menetapkan masa yang sesuai untuk sesi permulaan (beginning) supaya tidak menganggu masa sesi perteengahan. Contohnya, tetapkan 2 hingga 3 minit untuk menetapkan topik yang ingin dibincangkan dan penyediaan bahan utuk sesi perbincangan/kaunseling.

Antara aktiviti dan teknik yang boleh diaplikasikan semasa sesi permulaan;

         -Memberi situasi atau kes yang berkaitan dengan topik yang ingin dibincangkan

         -Pengenalan diri dan sedikit petunjuk dari topik yang ingin dibincangkan

         -Pengenalan diri menggunakan teknik dyads dan sebagainya

-Sepanjang sesi permulaan, beberapa aktiviti boleh digunakan utuk mewujudkan suasana yang baik dan selesa serta menarik minat ahli kumpulan untuk menyertai sesi perbincangan tersebut.

-Pastikan sesi pengenalan tidak terlalu lama untuk menggelakkan ahli kumpulan merasa bosan.

-Gunakan nada yang positif terutama sekali kepada ahli kumpulan yang terpaksa melibatkan diri dalam kumpulan tersebut.