Ringkasan dari pembelajaran :
Peringkat dalam kumpulan
- proses dalam kumpulan atau perjalanan sesi kaunseling yang melibatkan sikap dan interaksi antara ahli kumpulan dengan ketua kumpulan.
-Faktor daya terapeutik merupakan faktor yang mempengaruhi kelancaran proses dalam sesi kaunseling kumpulan seperti persekitaran yang kondusif dan selesa, masa yang fleksibel dan sesuai untuk semua ahli kumpulan serta hubungan antara ahli kumpulan yang baik dan mesra.
1) Permulaan (Beginning)
- Pengenalan, jangkaan atau objektif, tujuan kumpulan dibina, peraturan kumpulan,tahap keselesaan dan menentukan topik yang ingin dikongsikan di dalam kumpulan.
2) Pertengahan (Working/middle/current)
-Ahli kumpulan memfokuskan tujuan kumpulan itu dibuat dengan membincangkan pelbagai tajuk, permasalahan, penyelesaian masalah dan perkongsian cerita dan pengalaman.
3) Penutup
-proses menamatkan sesi kaunseling berlaku dengan perkongsian dari setiap ahli kumpulan tentang apa yang dipelajari atau pengajaran yang diperolehi sepanjang sesi perbincangan/kaunseling, perancangan akan datang atau perubahan yang ingin dilaksanakan serta perkongsian teknik yang akan digunakan untuk perubahan sikap yang ingin dilaksanakan.