Reflection - week 14
Minggu ini adalah minggu terakhir sesi pembbelajaran. Pada minggu ni saya telah mempelajari tentang teknik drawing out, iaitu teknik ini adalah teknik bagaimana 'leader' perlu lakukan untuk menjadikan dan menggalakkan klien untuk terus bercakap. Selain itu, pada minggu terakhir ini saya dan rakan-rakan telah diberi peluang untuk membentangkan laporan sesi praktikal kaunseling berkumpulan yang telah dijalankan di Baitus Soleha. Tidak dinafikan sesi pembentangan ini sangat meningkatkan semangat saya kerana saya dapat berkongsi cerita, pengalaman dan pandangan kepada rakan-rakan saya, malah mereka juga berpelunag berkongsi pengalaman kepada saya. Hal ini menyebabkan saya bersungguh-sungguh dan mejadikan pengalaman yang dikongsi oleh mereka sebagai satu langkah untuk saya tingkatkan lagi kemahiran yang perlu saya aplikasikan dalam sesi kaunseling berkumpulan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada DR Nasir Masroom kerana telah mencurahkan segala ilmu dan berkongsi pengalaman kepada saya dan rakan-rakan serta memberi peluang kepada kami untuk menjalani sesi praktikal di Baitus Soleha. Saya berharap dengan adanya ilmu yang telah dipelajari ini saya dapat mengaplikasikannya sepanjang hidup saya dengan membantu lebih ramai orang yang memerlukan untuk mengurangkan rasa bebanan masalah yang dihadapi.