Reflection - week 13
Setelah tiga minggu menjalani sesi praktikal bersama penghuni Baitus Soliha, saya dan rakan-rakan kembali menjalani sesi pembelajaran bersama dengan pensyarah kami, di mana pada minggu ke 13 ini kami telah mempelajaari tentang topik 'cutting off'. Berdasarkan pengalaman yang saya dapat semasa menjalani sesi praktikal kaunseling berkumpulan bersama dengan penghuni Baitus Soleha, topik ini sangat penting dan harus dipelajari oleh 'leader' kerana ia dapat membantu berkaitan dengan bagaimana untuk mengendalikan klien. Topik ini membincangkan tentang apa yang harus dilakukan oleh seseorang 'leader' itu untuk memberhentikan ahli atau klien dari terus bercakap, kerana ia adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli lain yang terlibat dalam sesi untuk bercakap atau berkongsi cerita. selain itu, ia juga bertujuan untuk mengawal ahli daripada menceritakan sesuatu perkara yang tidak berkaitan dengan topik sebenar yang dibincangkan. Topik yang dipelajari minggu ini juga sangat menarik minat saya kerana ia membantu saya untuk mengaplikasikan beberapa teknik supaya saya dapat mengawal ahli kumpulan yang terlibat dengan sesi yang saya jalankan dengan lebih berhati-hati dan teratur agar mereka tidak berasa terganggu dan terguris dengan tindakan saya.