JOURNAL - GROUP COUNSELLING

Reflection - week 12

Saya sangat bersyukur kerana saya telah diberi peluang untuk mengendalikan sesi kaunseling berkumpulan ini sebanyak tiga kali di Baitus Soleha. Tidak dinafikan bahawa saya telah banyak meninmba ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan ketiga-tiga sesi. Apa yang boleh saya perkatakan bahawa pada sesi yang ketiga ini banyak perubahan dan penambahbaikkan yang telah berlaku kepada klien iaitu penghuni dan juga saya sebagai ‘helper’. Perubahan yang dapat dilihat kepada klien adalah mereka lebih berasa terbuka dan tidak berasa ragu-ragu untuk berkongsi kisah bersama saya. Selain itu, klien juga menunjukkan sikap mesra dan lebih berkongsi idea serta pandangan bersama dengan klien lain untuk memberikan pendedahan dan sokongan awal untuk mengurangkan masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama, saya pula dapat menunjukkan sedikit peningkatan kemahiran dalam mengendalikan sesi kaunseling ini, kesan daripada ini menunjukkan bahawa sesi ketiga yang dijalankan ini menunjukkan keberkesanan yang ketara dari segi kefahaman dan penyampaian antara saya dan klien. Saya sangat berharap saya masih lagi deberi perluang untuk mengendalikan sesi ini di Baitus Soleha. Hal ini sangat penting kerana ia bukan sahaja dapat memantapkan lagi kemahiran yang saya miliki agar lebih efektif, tetapi pada masa yang sama ia dapat membantu penghuni-penghuni di Baitus Soleha dalam menangani dan mengurangkan sedikit bebanan masalah yang dihadapi oleh mereka.