JOURNAL - GROUP COUNSELLING

Reflection - week 11

Bingkisan daripada sesi kedua kaunseling berkumpulan yang telah dijalankan di rumah perlindungan wanita Baitus Soleha, saya sebagai ‘core leader’ berpendapat bahawa hampir keseluruhan sesi dapat dijalankan dengan sempurna walaupun terdapat beberapa kekurangan dan gangguan semasa sesi tersebut dikendalikan. Apa yang dapat saya lihat bahawa sebahagian daripada penghuni Baitus Soleha yang berperanan sebagai klien kami kurang untuk menceritakan atau meluahkan perasaan mereka. Hal ini mungkin kerana mereka masih malu dan ingin menyesuaikan diri dengan kami.

Selain itu juga, saya turut merasakan bahawa Klien kami masih tidak bersedia untuk berkongsi cerita. Mereka juga lebih banyak mendiamkan diri dan mengeluarkan air mata berbanding bercerita dengan kami. Kesan daripada situasi ini, menyebabkan saya lebih banyak becakap berbanding dengan klien, saya telah mengambil langkah yang bijak dengan menanyakan soalan kepada mereka untuk menggalakkan mereka untuk bercakap. Pada pandangan saya, suasana atau keadaan semasa kami menjalankan sasi kaunseling berkumpulan juga adalah kurang selesa. Hal ini kerana terdapat beberapa gangguan seperti bayi menangis dan ruang yang sempit menyebabkan klien hilang tumpuan untuk berkogsi cerita. Kurang keyakinan untuk bercerita dan meluahkan perasaan juga adalaah salah satu kelemahan klien di mana ia telah menyebabkan saya sebagai ‘core leader’ tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikongsikan oleh klien.

 Refleksi tentang tugasan ini pula ialah pada pendapat saya tugasan ini sangat membantu dan melatih saya untuk mengendalikan situasi kaunseling berkumpulan yang sebenar. Hal ini kerana dengan melaksanakan tugasan ini saya bukan sahaja hanya mendapat pendedahan secara teori malah praktikal juga. Pada masa yang sama tugasan ini membantu saya untuk melatih kemahiran interpersonal saya iaitu kemahiran komunikasi yang lebih baik dan berkeyakinan dalam berkomunikasi. Kerjasama yang dibentuk antara ahli kumpulan dalam tugasan ini menjadikan segala permaasalahan dan kekurangan terhadap sesi yang dijalankan dapat diatasi dengan sempurna.