Reflection - week 10
Di sini bermulalah satu pengalamaan yang baru, di mana pada minggu ke 10 ini saya dan rakan sekelas telah diberi peluang untuk mengandalikan sesi praktikal kaunseling berkumpulan. Sesi ini akan dijalankan selama tiga minggu di rumah perlindungan wanita Baitus Soliha. Saya berasa sangat teruja untuk menjalani sesi praktikal ini. Sewaktu sesi berlangsung di Baitus Soleha saya telah mengenali beberapa orang penghuni yang terdiri daripada wanita hamil luar nikah dan pada permulaannya mereka masih malu untuk berkongsi cerita dengan saya, tetapi atas usaha dan inisiatif yang saya lakukan akhirnya mereka sudi berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi. Pengalaman pada sesi pertama ini sangat bermakna buat saya kerana ia dapat meningkatkan semangat dan azam saya untuk terus membantu mereka dengan mendengar setiap masalah serta cuba untuk mengurangkan bebanan masalah mereka dengan berkongsi pandangan dan cadangan yang lebih menarik. Tidak dinafikan bahawa sesi pratikal ini sangat membantu kerana saya berpeluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam subjek kaunseling berkumpulan kepada keadaan yang sebenar. Kesan daripada sesi praktikal yang pertama ini juga turut membantu saya untuk lebih berusaha dalam meningkatkan kemahiran yang perlu diamalkan supaya sesi kaunseling yang seterusnya dapat dilakukan dengan lebih baik dan efekti.