Relection - week 9
Topik 'exercise' telah dipelajari pada minggu ke 9. Topik ini sangat berkait rapat dengan topik yang telah dipelajari pada minggu ke 7, dimana topik 'exercise' ini membantu 'leader' untuk merancang dan menjalankan aktiviti yang sesuai sewaktu peringkat permulaan dalam sesi kaunseling berkumpulan. Sebagai pelajar dalam jurusan psikologi, saya sangat bersyukur dan teruja kerana telah diberi peluang untuk mempelajari topik ini. Hal ini kerana ia bukan sahaja membantu dalam memberi idea kepada saya malah topik ini juga menjadikan saya lebih aktif berfikiran kreatis dan kreatif untuk merancang aktiviti yang lebih menarik dan bersesuaian mengikut keadaan ahli yang terlibat dalam sesi kaunseling berkumpulan yang mungkin akan dikendalikan oleh saya pada suatu hari nanti. Pada masa yang sama, saya berpendapat bahawa dengan mempelajari topik ini juga, ia dapat menyumbang kearah sesi kaunseling berkumpulan yang lebih efektif, kerana apabila 'leader' mengaplikasikan aktiviti yang telah dipelajari dalam topik ini kepada ahli kumpulan, ia akan menjadikan ahli lebih berminat dan tidak berasa bosan semasa sesi dijalaankan.