Reflection - week 7
Pada minggu ke tujuh ini topik yang telah saya pelajari adalah tentang 'beginning Stage' dan 'beginning phase, di mana topik ini membincangkan tentang peringkat permulaan dalam sesi kaunseling berkumpulan. Berdasarkan pendapat saya topik ini sangat penting dan perlu dipelajari oleh 'leader' yang ingin mengendalikan sesi kaunseling berkumpulan, hal ini kerana ia memberi penerangan dan bantuan kepada 'leader' tentang bagaimana untuk memulakan sesi berkumpulan. Selain itu juga, bab ini turut membantu dengan memberi penjelasan dan gambaran beserta beberapa contoh di peringkat pemulaan sasi kaunseling berkumpulan supaya 'leader' lebih mudah memahami dan boleh mempraktikkannya agar sesi kaunseling berkumpulan yang dijalankan menjadi lebih efektif. Kesimpulannya, pembelajaran pada minggu ketujuh ini sangat menarik dan dapat membantu dengan meningkatkan lagi kefahaman saya sebelum mengendalikan sesi kaunseling berkumpulan yang sebenar.