2/5/18 Rabu
Pada hari ini, tiada kelas dijalankan kerana kami pelajar perempuan dikehendaki menjalankan sesi kaunseling buat kali ketiga dan ianya merupakan sesi terakhir kami di Baitus Solehah. Pada kali ini, saya dan rakan-rakan menggunakan borang DASS iaitu depression, anxiety, stress scaleĀ dan borang tersebut diberikan kepada penghuni untuk menjawab mengikut skala yang telah ditetapkan. Hasil daripada itu , didapati bahawa kebanyakan daripada mereka berada dalam emosi yang kurang stabil kerana apabila ditanya, mereka menjawab disebabkan sangat penat dengan aktiviti yang banyak dijalankan dan juga tertekan dengan masalah yang dihadapi pada masa itu. Pada sesi kali ini, mereka tidak malu lagi untuk menceritakan semua apa yang terpendam kerana mungkin sudah mula mempercayai kami.