27/4/18 Jumaat
Pada hari ini, saya dan rakan-rakan diminta untuk ke Baitus Solehah untuk menjalankan sesi kaunseling buat kali kedua. Aktiviti pada kali ini adalah dyad dan triad di mana mereka diberikan satu situasi iaitu mereka diberi arahan untuk memejamkan mata sambil mendengar situasi yang diberikan oleh ketua. Kemudian, mereka perlu membayangkan bahawa mereka berada dalam situasi tersebut dan perlu memikirkan bagaimana untuk mencari jalan pulang untuk keluar daripada tempat yang tidak pernah dijejaki. Selepas membayangkan, mereka perlu membuka mata dan menceritakan apa yang mereka bayangkan dan berkongsi apa yang bakal mereka lakukan sama ada menggunakan signboard atau bertanya kepada orang ramai. Pada sesi kali ini, lebih banyak penceritaan yang mereka kongsikan berbanding sesi yang pertama.