18/4/18 Rabu
Hari ini tiada kelas dijalankan kerana pelajar perempuan diminta untuk melakukan sesi kaunseling di Rumah Perlindungan Baitus solehah dan ianya merupakan sesi yang pertama. Pada mulanya, saya berasa takut kerana tidak pernah membuat sesi kaunseling di luar dengan orang yang tidak pernah saya kenal. Tapi lama kelamaan perasaan tersebut hilang dan saya berasa selesa untuk mendengar perkongsian mereka. Pada sesi pertama, saya dan rakan-rakan menggunakan prop iaitu menjalankan aktiviti tanah liat dan kami meminta mereka untuk membentuk apa-apa sahaja yang melambangkan perasaan mereka seterusnya menyuruh mereka bercerita mengenai bentuk tanah liat tang mereka lakukan.