Rabu 23/5/18
Hari ini merupakan hari terakhir kelas group counseling. Apa yang saya pelajari pada hari ini adalah tentang 'drawing out' iaitu menggalakkan ahli untuk berkongsi pendapat mereka dan membantu ahli untuk bercakap dalam kumpulan. Terdapat beberapa sebab kenapa ahli menjadi senyap dalam kumpulan antaranya adalah takut, kurang kepercayaan, tidak bersedia dan konfius. 'Drawing out' juga adalah untuk melibatkan semua ahli dalam kumpulan mendengar dan berkongsi pandangan yang berbeza-beza dan dari situ dapat memberi faedah kepada setiap ahli. Selain itu, pada hari ini juga saya membuat pembentangan tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh penghuni di Baitus Solehah dan banyak input-input yang saya dapat dari pembentangan kumpulan lain. Apa yang saya pelajari dalam kelas group counseling selama ini dapat saya praktikkan sebaik mungkin apabila berada di luar sana. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr Mohd Nasir kerana sudi mencurahkan ilmu yang berguna kepada saya dan rakan-rakan. In syaa Allah, akan kami gunakan sebaik mungkin.
- Salam sayang daripada kami pelajar 3shay :)