Kelas kesebelas

16/5/18 Rabu

Tajuk: ‘CUTTING OFF’

Pada kelas hari ini, saya mempelajari tentang ‘cutting off’ di mana ianya bermaksud ketua memberhentikan ahlinya daripada bercakap. Tujuan ‘cutting off’ ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli yang lain untuk bercakap, untuk melindungi ahli lain dan untuk menggerakkan kumpulan dalam keadaan yang lebih baik. Selain itu, untuk mejadikan kumpulan berkesan, ketua mesti sanggup dan mampu untuk memberhentikan ahli-ahli daripada bercakap apabila diperlukan. ‘Cutting off’ sukar digunakan oleh ketua kerana takut akan menyakiti perasaan ahli atau ahli akan menjadi marah. Terdapat dua situasi apabila pemimpin ingin menggunakan kemahiran ‘cutting off’. Pertama apabila ahli mempunyai urutan ataupun perjalanan tetapi sama ada penceritaan, elakkan penceritaan itu lebih mendalam. Kedua adalah apabila ahli mengatakan sesuatu yang tidak elok contohnya memberi komen negatif atau kurang baik.  

Selain itu, terdapat beberapa perkara penting mengenai ‘cutting off’ yang saya pelajari hari ini iaitu masa. Ketua harus menghentikan ahli sebelum mereka bercakap terlalu lama, berhujah untuk tempoh yang panjang atau memberi nasihat yang tidak membantu. Kedua, penggunaan suara. Apabila ‘cutting off’, matlamatnya bukan untuk mengkritik atau memalukan ahli tetapi ianya untuk memberhentikan ahli daripada bercakap. Jadi, dalam hal ini perlu mencari patah perkataan yang sesuai untuk bercakap. Ketiga pula adalah menjelaskan. Ketua perlu menjelaskan kepada ahli sebab-sebab tertentu kenapa perbincangan diberhentikan. Keempat adalah isyarat nonverbal. Kadang-kadang ketua menggunakan isyarat mata dengan mengelakkan mata boleh menjadi isyarat untuk memberitahu ahli untuk berhenti. Isyarat dengan melihat jam pada tangan dengan kerap adalah tidak sesuai kerana ahli boleh berfikiran bahawa ketua sudah bosan dengan penceritaan mereka. Ketua hanya boleh memberi sedikit isyarat tangan kepada ahli menandakan untuk berhenti. Kelima, ‘cutting off’ ahli yang mempunyai fokus kumpulan. Ketua boleh ‘cutting off’ dan bersama orang tersebut, ‘cutting off’ dan bersama dengan topik tersebut, ‘cutting off’ dan meninggalkan orang dan topik tersebut.  

Untuk ‘cutting off’ dan bersama dengan orang tersebut adalah dengan bertanyakan soalan kepada ahli daripada terus membiarkan mereka membebel panjang. Ketua juga perlu mempunyai idea yang spontan tentang apa yang perlu dilakukan untuk membantu ahli daripada membebel panjang sebagai contoh membuat aktiviti yang menarik. Bagi ‘cut and stay with the topic’, ketua perlu fokus dari ahli yang bercakap tetapi bersama dengan topik tersebut. ‘Cut and leave the person and the topic’ pula di mana ketua perlu memberitahu ahli bahawa perbincangan ini perlu bergerak ke aktiviti seterusnya yang didapati ianya lebih menarik untuk ahli.