Kelas Keenam

28/3/18 Rabu

Tajuk: ‘Getting Started: The Beginning Stage and Beginning Phase

Dalam kelas hari ini, saya mendapat ilmu tentang ‘The Beginning Stage and Beginning Phase’. Sesi pertama dan kedua dalam mana-mana kumpulan adalah paling penting dan biasanya paling sukar untuk diterajui. Sesi pertama adalah sukar kerana ketua mempunyai banyak dinamik dan logistik yang berbeza untuk menguruskan kumpulan. Salah satu perkara penting untuk sesi pertama adalah cara bagaimana untuk memulakan sesuatu kumpulan.

Terdapat beberapa pilihan untuk membuka sesi pertama. Pertama adalah dengan memulakan dengan pernyataan ringkas tentang kumpulan itu, kemudian perkenalkan diri masing-masing. Ketua memberikan kenyataan ringkas dalam masa 1 hingga 2 minit. Pembukaan ini amat berguna untuk kumpulan di mana ahli-ahli tidak mengenali antara satu sama lain. Kedua pula adalah dengan memulakan dengan pernyataan pembukaan yang panjang tentang kumpulan dan tujuan, kemudian memperkenalkan diri masing-masing. Ketua akan mengambil masa selama 3 hingga 5 minit untuk menerangkan tujuan kumpulan. Semasa pembukaan ini, ketua biasanya akan memberi maklumat latar belakang dirinya dan pengalaman dalam mengetuai kumpulan