19 nov 2011..
ari nie pengalaman pertama aku belajar benda baru mcm software ubuntu. Memang best giler r dapat belajar benda baru nie. Apa itu ubuntu?
Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya PERCUMA!!! Korang bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan?
Jangan tak percaya, Ubuntu memang percuma. Korang boleh muat turun, disalin dalam cakera padat dan dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bukan seperti perisian Microsoft Windows yang memerlukan anda membayar lesen. Sungguhpun Ubuntu tidak kebal,namun setakat ini, tiada lagi virus yang dapat menerobos masuk ke sistem operasi ini.