Self reflection untuk subjek kreatif dan kritikal thingking

Saya berperanan sebagai ahli kumpulan untuk mengajar kraft kepada murid yang hadir pada hari festival.Saya gunakan pelbagai strategik untuk memainkan peranan saya sebagai ahli. Sebagai contoh, saya memberikan seberapa banyak idea untuk menjadikan aktiviti kraft ini sebagai aktiviti yang menarik dan sekaligus membantu pelajar berfikir secara kreatif serta kritis dalam membentuk kraft yang bakal dihasilkan.Semasa festival ini dijalankan terdapat beberapa cabaran yang dihadapi antaranya ialah barang yang telah disediakan hilang tanpa dapat dijumpai. Oleh itu, kami mengambil langkah yang drastik dengan meminjam barang seperti pen warna daripada kumpulan yang membuat lukisan.Proses yang membentuk bingkai gambar sangat memerlukan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis.Ini kerana, bagi menyusun gulungan kertas pada tapak bingkai terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan. Saya mendapat pelbagai pelajaran daripada aktiviti ini, antaranya sifat sabar dalam membentuk bingkai gambar, ilmu membentuk bingkai gambar serta dapat mengasah fikiran saya supaya berfikir secara kreatif dan kritis.