Assalamualaikum
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 28.3.2018, Dr Nasir telah menyambung pengajian kuliah Bab 5 iaitu berkaitan fasa dan peringkat permulaan ( Beginning stage and beginning phase) . Antara intipati dan aspek yang diperbincangkan dan diterangkan oleh Dr Nasir semasa membincangkan bab ini ialah tentang bagaimana hendak memulakan sesuatu sesi dalam kumpulan . Menurut Dr Nasir antara perkara dan aspek yang perlu dilihat dan dititikberatkan ialah ketua haruslah menjadi mesra,percaya dan memahami ahli -ahli kumpulannya. Hal ini amat penting bagi memastikan wujudanya satu ikatan hubungan yang kukuh dan utuh antara ketua dengan ahli -ahli kumpulannya.Selain itu juga bagi memastikan sesi kaunseling kelompok yang bakal dijalankan akan berjalan dengan lancar.
Pada sesi pertama (first session) aktiviti dan perkara yang boleh dijalankan dan dilakukan oleh ketua ialah dengan memberi penerangan secara ringkas (brief statement) yang mengambil masa 1-2 minit yang menjelaskan tentang aspek seperti peraturan, atur cara perjalanan kumpulan yang akan dijalankan. Hal ini penting bagi memastikan ahli -ahli kumpulan jelas dengan peraturan dan perjalanan kumpulan dan sekaligus akan membantu meningkatkan keberkesanan sesi kaunseling kelompok yang akan dijalankan.Selain itu semasa sesi pertama (first session) boleh dijlankan exercise pengenalan diri . Exercise pengenalan diri dijalankan dengan tujuan dan bermatlamat untuk mengeksplorasi dan mengenali ahli -ahli kumpulan yang lain.Perkara ini penting bagi memastikan ahli -ahli kumpulan berasa selesa untuk berkongsi isu, permasalahan, masalah atau apa sahaja yang ingin dikongsikan bersama ahli kumpulan yang lain tanpa rasa kekok dan janggal.
Semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 28. 3.2018, Dr Nasir turut menjelaskan terdapat 8 pilihan kaedah atau cara yang boleh digunakan oleh ketua untuk memulakan permulaan pada sesi pertama (opening the first session). Disini saya akan menjelaskan 2 daripada 4 kaedah kaedah atau cara yang boleh digunakan oleh ketua untuk memulakan permulaan pada sesi pertama (opening the first session).
Pertama ialah dengan memulakan dengan penyataan permulaan yang panjang ( long opening statement) tentang kumpulan dan matlamatnya dan seterusnya menjalankan latihan pengenalan diri (introduction exercise).Melalui kaedah atau cara ntuk memulakan permulaan pada sesi pertama (opening the first session) ini, ketua (kaunselor ) akan menerangkan kepada ahli-ahli kumpulannya beberapa perkara yang penting dan perlu difahami oleh setiap ahli -ahli kumpulannya antaranya ialah seperti peraturan perjalanan sesi kaunseling kelompok, tempoh atau durasi masa untuk sesi kaunseling kelompok berlangsung, peranan ketua (kaunselor ) dan juga matlamat serta objektif kumpulan ini diwujudkan .Selepas itu barulah dijalankan latihan pengenalan diri (introduction exercise) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada setiap ahli memperkenalkan diri masing- masing..
Keduanya ialah dengan memulakan dengan penerangan ringkas (brief statement ) tentang kumpulan dan seterusnya terus kepada kandungan (content) yang ingin dibincangkan. Melalui kaedah atau cara ini kebiasannya ahli kumpulan sudah mengenali ketua kumpulannya mereka dan ini sekaligus membolehkan terus menganjak kepada kandungan (content) yang ingin dibincangkan.Kaedah ini secara tidak langsung akan dapat menjimatkan masa dan sekaligus memberi lebih ruang masa untuk membincangkan perkara atau isu yang utama..
Secara kesimpulannya, ketua haruslah menjadi lebih versatile dalam mengaplikasikan dan menggunakan pelbagai teknik atau cara bagi memulakan sesi kaunseling kelompok yang akan dikendalikan olehnnya. Hal ini amat penting bagi menarik perhatian dan minat para ahli untuk terus teruja dan bersemangat untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok akan akan dan bakal mereka lalui...
Wasssalam......