Reflection- week 6
Setelah sekian lama menunggu akhirnya tiba juga padaa minggu keenam. Pada minggu keenaam ini saya berasa teruja kerana persoalan saya telah terjawab tentang bab yang keempat. Hal ini kerana pada minggu kelima pembelajaran kami tertangguh kerana masa yang tidak mengizinkan dan pada minggu keenamlah kami dapat menyemprnakan kefahamaan kami kerana pensyarah kami telah menyambung semula mengajar dan memberi penerangan yang lebih mendalam tentang bab keempat. Secara kesimpulannya bab keempat ini memberi penerangan kepada saya dan rakaan-rakaan tentang cara bagaimanaa kami ingin merancang sesi perbincangan kumpulan atau sesi kaunseling berkumpulan. Kini baru saya memahami bahawa sebelum ingin membentuk satu kmpulan atau perbincangan saya sebagai pemimpin perlulah merancang terlebih dahulu tentang beberapa perkara antaranya ialah bagaimana henda memilih atau menapis ahli yang perlu terlibat dalam kumpulan yang dibentuk. Hal ini kerana tidak semua orang perlu terlibat dalam satu-satu sesi berkumpulan yang dilakukan. Pada masa yang sama, terdapat juga perkara lain yang perlu dirancang terlebih dahulu yang telah saya pelajari seperti sebagai pemimpin tajuk perbincangan, aktiviti yang hendak dilakukan dan masa perbincangan juga adalah perkara yang sangat penting dan perlu dirancang dengan teliti supaya sesi perbincangan atau kaunseling berkumpulan dapat dilaksanakan dengan mudah tanpa ada sebarang kekurangan. Tuntasnya dengan input dan pengetahuan sebegini yang didedahkan oleh pensyarah kepada saya sangat membantu dan mejadikan saya lebih bersedia untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Hal ini kerana sebagai seorang pelajar walaupun saya masih belum memasuki alam pekerjaan yang sebenar, saya tidak lari dari merasai atau perlu membentuk kumpulan kerana kami sebagai pelajar sentiasa diberikan tugasan berkumpulan dan saya boleh menggunakan ilmu ini untuk merancang terlebih dahulu sebelum membentuk kumpulan bagi menyelesaikan tugasan.