RUMUSAN DARI KELAS KAUNSELING KELOMPOK (minggu kelima)

 

Rumusan dari pembelajaran pada minggu kelima ialah :

1. Screening

a) Type of screening : personal interview, written screening, by referral source, using a comprehensive group program and screening after the group has begun.

b) Kepentingan membuat screening sebelum sesi perbincangan atau kauseling.

Sistem tapisan dalam memilih ahli kumpulan dalam perbincangan adalah penting supaya ahli kumpulan yang menyertai perbincangan tersebut sesuai dengan matlamat penubuhan kumpulan. Namun begitu, ada beberapa kumpulan yang tidak perlu melakukan tapisan seperti perbincangan ilmu dan perbincangan tugasan. Hal ini kerana ia melibatkan semua orang yang ingin belajar bersama dimana ia tidak mempunyai tajuk dan tujuan yang spesifik.

 2. Planning

a) Gambaran keseluruhan perancangan (Big picture planning)

Ia merupakan gambaran keseluruhan dari setiap sesi kaunseling (permulaan,pertengahan,kesimpulan). Ia juga meliputi aspek pengetahuan dengan lebih mendalam tentang ahli kumpulan.A good leader makes an extensive list of possible topics and then priorities the topics to gain a better idea of what is important to cover and what can be omitted.

 b) Sesi perancangan (session planning)

Terdapat tiga fasa yang terlibat dalam sesi kaunseling iaitu fasa permulaan, fasa pertengahan dan fasa penutupan.

 c) Beberapa kesilapan dalam perancangan

Tidak merancang, terlalu atau terlebih merancang, tidak relevan atau isi kandungan yang tiada kaitan, latihan yang tidak sesuai, terlalu banyak latihan, lemah dari aspek perancangan masa dan perjalanan sesi perbincangan, terlalu banyak masa dihabiskan pada sesi permulaan(warm-up), kurang fleksibel.

 

Secara kesimpulannya, apa yang saya pelajari daripada pembelajaran minggu ini ialah setiap perancangan yang kita lakukan hendaklah disusun dengan baik sebelum sesuatu perkara itu dilaksanakan agar matlamat program, sesi atau target dapat dilaksanakan dan dicapai dan berjalan lancar. Perancangan tidak semestinya dilaksanakan untuk sesi perbincangan dan sesi kaunseling sahaja malah ia juga boleh diaplikasikan dalam perancangan kehidupan seharian kita.