Assalamualaikum.
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 21.3.2018, Dr Nasir telah menyambung pengajian kuliah Chapter 4 iaitu berkaitan tapisan (screening).Menurut Dr Nasir tapisan (screening) mesti dilakukan kerana tidak semua individu sesuai dengan sesuatu group dan juga bagi memastikan bahawa individu tersebut sesuai dengan group yang akan individu itu sertai. Saya amat bersetuju dengan hujah Dr Nasir berkaitan aspek ini. Hal ini kerana, bagi memastikan individu yang akan menyertai sesebuah kumpulan itu terdiri daripada kalangan mereka yang layak dan sesuai dengan matlamat dan objektif kumpulan diwujudkan.Selain itu, saya berpandangan bahawa melalui tapisan (screening) yang dibuat akan dapat membantu meningkatkan kualiti dan keberkesanan sesuatu kumpulan yang ditubuhkan.
Namun begitu menurut Dr Nasir juga,terdapat beberapa contoh atau bentuk kumpulan yang tidak memerlukan tapisan (screening) ahli kumpulan.Antaranya ialah "task group", "education group", "discussion group" . Ini kerana topik yang dibahaskan dan dibincangkan dalam group tersebut adalah bersifat UMUM (general). Oleh itu sesiapa sahaja boleh menyertai group tersebut tanpa memerlukan melalui sebarang tapisan.
Semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 21.3.2018, Dr Nasir turut menerangkan 5 kaedah atau bentuk tapisan (screening) yang boleh dijalankan.Antaranya ialah "Personal Interview" . Ianya merupakan kaedah tapisan (screening) yang paling bagus dan memberi peluang kepada ketua untuk menerangkan kepada bakal ahli kumpulan (prospective members) tentang peraturan dan process kumpulan yang bakal individu tersebut sertai. Kaedah atau bentuk tapisan (screening) kedua yang boleh diimplimentasi dan diaplikasikan ialah "Written Screening". Kaedah tapisan (screening) ini memerlukan bakal ahli (prospective members) untuk menjawab dan mengisi form soalan.Antara aspek dan perkara yang disoal ialah seperti umur. Jantina dan status perkahwinan . Hal ini penting bagi membolehkan ketua untuk meletakkan bakal ahli (prospective members) mengikut kesesuaian keperluan dan isu yang dibawa.Kaedah atau bentuk tapisan (screening) ketiga yang turut boleh digunakan ialah sumber rujukan (Referral Sources) Melalui kaedah tapisan (screening) ini, ketua akan bertanya kepada pihak atau individu yang berkaitan dengan bakal ahli kumpulan seperti cikgu dan therapist. Hal ini penting, bagi memastikan ketua mendapat maklumat yang mencukupi tentang bakal ahli kumpulan.Manakala kaedah atau bentuk tapisan (screening) keempat yang turut boleh digunakan ialah Comprehensive group program dan yang kelima ialah tapisan selepas kumpulan telah bermula (Screening after the group has begun).Melalui kaedah tapisan (screening) ini memberi peluang peserta untuk melihat sama ada berada dalam kumpulan adalah keputusan terbaik untuk mereka.
Selain itu, semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 21.3.2018, Dr Nasir turut menyampaikan kuliah tentang "Big-Picture Planning". Menurut Dr Nasir "Big-Picture Planning" ialah merancang dan berfikir tentang topik- topik yang perlu dan wajar dimasukkan dan diperbincangkan. Saya merasakan "Big-Picture Planning" merupakan aspek atau perkara yang penting dan perlu diberikan penekanan yang kukuh terhadapnya.Hal ini kerana melalui "Big-Picture Planning", seseorang ketua dapat merancang dan berfikir secara terpeinci tentang topik yang wajar dimasukkan dann diperbincangkan dalam kumpulan ( kaunseling kelompok).
Semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 21.3.2018, Dr Nasir turut menjelaskan tentang 3 fasa sesi iaitu beginning phase,middle phase dan closing phase. Semasa di beginning phase, warm up phase berlaku. Warm up phase membolehkan ketua dan ahli berkenal - kenalan antara satu sama lain. Hal ini penting bagi memastikan ketua dan ahli - ahli kumpulan berasa selesa dan tidak berasa janggal untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Manakala middle phase pula merupakan fasa dimana sesi perbincangan yang merangkumi isu, permasalahan dan apa- apa aspek yang berkaitan dibincangkan .Akhir sekali ialah closing phase pula merupakan fasa dimana sesi berbincangan berakhir. Semasa di closing phase, ketua haruslah memperuntukkan antara 3-4 minit untuk membuat kesimpulan daripada sesi yang dijalankan.Selain itu, ketua juga haruslah tidak menjadi terlalu riggid dengan masa yang diperuntukkan.Ketua haruslah bijak dalam mengatur masa dan perjalanan kumpulan (sesi kaunseling kelompok).
Secara kesimpulannya, saya merasakan bahawa aspek perancangan perlu diberikan penekanan yang khusus oleh ketua. Perancangan yang bagus berupaya memastikan perjalanan kumpulan (sesi kaunseling kelompok) berjalan dengan lancar dan mengikut seperti mana yang dirancangkan.