Rabu 14/3/2018
Sesuatu tujuan yang jelas dalam kumpulan adalah penting supaya memudahkan ketua untuk membuat keputusan dan merancang berapa orang ahli yang hendak dilibatkan dan siapakah ahlinya. Setiap kumpulan haruslah mempunyai objektif yang tersendiri. Apabila seorang ketua memahami tujuan kumpulan itu, ia akan memudahkan lagi untuk menentukan perkara-perkara seperti bilangan sesi perjumpaan. Selain itu, ahli kumpulan dan ketua mestilah jelas mengenai tujuan umum dan tujuan khusus setiap sesi.
Seterusnya, dalam 'planning' terdapat dua aspek iaitu 'pregroup planning' dan 'session planning'. Dalam 'pregroup planning', ramai kumpulan yang tidak berjaya. Sebanyak mana sesi perjumpaan kumpulan adalah bergantung kepada keupayaan ketua. Terdapat dua perkara yang perlu dipertimbangkan untuk berjumpa dengan kumpulan adalah 'time of day' dan 'frequency of meetings'. Selain itu, ketua haruslah membuat keputusan sama ada semua ahli secara automatik melibatkan diri atau sama ada ahli itu sendiri secara sukarela atau dipilih. Dalam kumpulan juga, 'screening' adalah penting kerana tidak semua orang sesuai untuk setiap kumpulan.