Reflection-week 5
Pada minggu kelima saya telah mempelajari tentang tujuan kumpulan (purpose of group). persoalan yang timbul adalah apakah tujuannya?. Tujuan adalah penting dan perlu dijelaskan dalam setiap kumpulan yang dibentuk. hal ini kerana ia membantu dalam menerangkan tentang apakah matlamat dan objektof yang ingin dicapai dalam kumpulan tersebut. pada masa yang sama juga, pemimpin dalam kumpulan perlu terlebih dahulu memahami tujuan sebenar kumpulan dibentuk kerana ia dapat memudahkan pemimpin untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara seperti berapa ahli yang terlibat dan berapa lama sesi perlu dijalankan. selain itu juga, bukan sahaja pemimpin malah ahi kumpulan juga perlu diberitahu dan mengetahui tujuan dalam kumpulan. hal ini kerana ia dapat mengelakkan ahli berasa bosan dan lebih memberi tumpuan terhadap apa yang dibincangkan dalam kumpulan. setiap tujuan perlu diterangkan dengan lebih jelas supaya setiap orang dalam kumpulan boleh memberikan tumpuan yang penuh serta boleh membantu dalam melontarkan pendapat berkongsi idea. Tujuan juga boleh dikemukakan lebih daripada satu dan ia juga boleh diubah mengikut keadaan dan persetujuan bersama.
Tajuk merancang kumpulan juga adalah salah satu bab yang telah dipelajari padaminggu ke lima. setiap kumpulan perlu dirancang terlebih dahulu untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan dalam sesebuah kumpulan. terdapat beberapa faktor yang diambil kira dalam merancang kumpulan antaranya adalah berapa sesi perbincangan kumpulan perlu dijalankan, bilakah masa yang sesuai untuk berjumpa dalam kumpulan, siapakah ahli-ahli yang terlibat dalam kumpulan dan bagaimanakah ahli dipilih untuk terlibat dalam kumpulan.