Alhamdulillah, dalam topik minggu ini sangat menarik perhatian saya sebab apa, sebab ia sangat berkait dengan aturan hidup kita. Bercakap mengenai matlamat/tujuan/sebab sesuatu kumpulan itu diadakan. Saya terus terfikir di mana setiap perkara walhal benda material sekalipun akan ada purposenya tersendiri, ada tujuannya tersendiri dan bila mana ia jelas dengan tujuan penciptaannya, maka ia akan berfungsi dengan baik. Jadi bilaman sesebuah kumpulan itu jelas dan pegang dengan matlamat/objektif masing-masing maka terlahirla sebuah kumpulan yang baik dan harmoni. Perkara ini sangat penting kerana ia yang akan menentukan hala tuju sesuatu perkara itu. Saya terus ingat kata-kata Allah, di mana ia ada tertera di dalam kitab al-quran, yang Allah berfirman Dia tidak menciptakan sesuatu perkara itu dengan sia-sia. Maksudnya di situ, segala benda di muka bumi ini ada fungsinya tersendiri termasuklah ciptaan Allah yang mulia ini, iaitu manusia.
Comments
Hamba Allah
20 March 2018, 10:53 PM
Semoga terus istiqamah dalam perjuangan..
Keep it up.. Dongibab..