NURUL ASYIKIN BINTI MOHAMAD KAMAL's Reflection /
Therapeutic Forces - Week 4-

Dalam topik minggu ini, apa yang saya dapat belajar dan memahami adalah apakah antara pengerak/faktor-faktor yang diperlukan bagi menwujudkan suasana yang harmani dan sesuai dalam kumpulan. Serta dapat mengenalpasti beberapa peraturan yang perlu ada dan harus dipatuhi dalam kumpulan. Antaranya adalah dar segi tempoh masa, kerahsiaan, peranan setiap ahli, peringkat-peringkat dalam sesi seperti "beginning, working/middle, closing" dan lain-lain lagi. Therapeutic ini menekankan 2 perkara iaitu dari segi keadaan/situasi dan hubungan.  Banyak ciri-ciri dan bimbingan yang telah ditunjuk ajar dalam meraih sesuatu perbincangan kumpulan yang baik. Antaranya, semasa di ruang kawasan(bilik), ruang itu haruslah tidak terlalu panas, sejuk, bersifat diam dan berbau yang menyenangkan. Bagi peringkat hubungan pula, semua ahli memainkan peranan masing-masing seperti sama-sama membina tali ukhuwah, percaya antara satu sama lain, terasa dihargai dan selamat dan lain-lain lagi.