Assalamualaikum.
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 14.3.2018, Dr Nasir telah menyampaikan kuliah dan berdiskusi bersama saya dan rakan sekelas tentang aspek dan perkara yang perlu dilihat untuk tetapan kumpulan (Group Setting). Antara aspek yang perlu diberikan perhatian ialah tentang tujuan dan matlamat group ( purpose of group). Menurut Dr Nasir, ianya ( purpose of group) berperanan sebagai panduan kepada ketua dalam mengetuai sesebuah kumpulan. Selain itu,tujuan group penting bagi memastikan setiap ahli kumpulan faham dan jelas dengan matlamat atau tujuan yang ditetapkan.Didalam masa yang sama juga,ianya bagi memastikan sesi perbincangan terarah kepada 1 matlamat sahaja.
Selain itu,pada kelas bertarikh 14.3.2017 turut dibincangkan tentang cara dalam menentukan objektif yang sesuai bagi kumpulan.Dalam menetukan objektif yang sesuai bagi sesuatu kumpulan, maka ketua haruslah memahami dengan mendalam segala aspek yang berkaitan dengannya. Dalam kelas itu, Dr Nasir memberi contoh apabila mengendalikan kaunseling kelompok (group counseling) bagi penghuni rumah kebajkan Baitus Solehah, maka ketua yang mengetuai kaunseling kelompok (group counseling) haruslah membuat ulang kaji dan memahami emosi,dilema,persaaan dan gaya dan corak pemikiran penghuni rumah kebajkan Baitus Solehah. Selain itu, pada kelas yang tersebut, turut dibincangkan adakah boleh sekiranya kumpulan mempunyai lebih daripada 1 objektif.Dr Nasir menjelaskan bahawa,ianya dibenarkan.
Semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 14.3.2018, Dr Nasir turut menyampaikan kuliah Chapter 4 (Planning). Perancangan (planning) terdiri daripada 2 kategori iaitu Pregroup Planning dan Session Planning. Semasa Pregroup Planning terdapat beberapa perkara yang diputuskan antaranya ialah tentang jumlah sesi untuk kumpulan bertemu (how many session group will meet ?), bila perjumpaan kumpulan (when will group will meet?), siapakah yang sepatutnya menjadi ahli kumpulan (who should the member be?) dan bagaimana ahli ditapis (How will the members be screened?).
Bagi jumlah sesi untuk kumpulan bertemu (how many session group will meet ?) ianya bergantung kepada situasi dan keadaan. Hal ini bagi membolehkan semua ahli dalam kumpulan dapat hadir dan dikumpulkan.
Manakala bagi bila perjumpaan kumpulan (when will group will meet?) ianya bergantung kepada 2 aspek utama iaitu masa (Time of day) dan kekerapan mesyuarat (Frequency of meeting).Ketua yang mengetuai kumpulan theraphy akan mengetuai kumpulan akan mengetuai sebuah kumpulan dalam sehari dan maksimumnya ialah 3
Bagi siapakah yang sepatutnya menjadi ahli kumpulan (who should the member be?) Menurut Dr Nasir ahli kumpulan boleh boleh dipilih daripada individu yang sukarela (volunteer),dipilih (selected), berdasarkan budaya dan latar belakang akademik.
Manakala bagi aspek terakhir iaitu bagaimana ahli ditapis (How will the members be screened?) pula ,ketua haruslah sedar tak semua orang sesuai untuk semua kumpulan.Maka ketua haruslah bijak dalam mengawal perjalanan kumpulan. Hal ini kerana dengan kehadiran individu yang mungkin tidak sesuai dengan kumpulan mungkin akan menjejaskan perjalanan kumpulan.
Secara kesimpulannya,saya merasakan perancangan dalam membentuk kumpulan haruslah diberikan penekanan yang khusus kerana ianya mampu memberi kesan terhadap kualiti dan keberkesanan sesuatu kumpulan yang dibentuk.
Comments
Dak2 Skin Head
20 March 2018, 10:59 PM
Tapi cerah lagi sinaran cahaya kepala anda.. Teruskan usaha..
Jangan stres, jangan dependent sangat.