Pembelajaran saya pada minggu ke 4 ialah berkenaan tujuan sesebuah kumpulan (purpose of group) :
1) Tujuan sesebuah kumpulan hendaklah jelas dari aspek objektif kumpulan, sebab perjumpaan dan matlamat kumpulan ditubuhkan. Apabila semua aspek ini jelas, ia akan membantu ketua untuk membentuk dan mereka aspek-aspek seperti bilangan ahli kumpulan yang diperlukan dalam kumpulan (size), ahli kumpulan yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan tujuan kumpulan ditubuhkan (membership), tempoh masa perjumpaan kumpulan (duration) dan bilangan sesi perjumpaan dalam kumpulan (number of session). Jika ketua tidak jelas dengan objektif kumpulan, ahli kumpulan akan bosan, keliru dan tidak produktif.
2) menetapkan tujuan dalam sesebuah kumpulan adalah penting :
-memudahkan ketua menyediakan pelan dan strategi sama ada membina tujuan umum atau tujuan khusus
-ia dapat membantu ketua dalam membentuk 4 aspek pembentukan kumpulan (size,membership,session length and number of session)
-membantu ketua dalam membuat keputusan dalam kumpulan untuk perkara-perkara tertentu
3) Jika dalam sesi perbincangan berlaku percanggahan tajuk atau tujuan perbincangan, ketua perlu memainkan peranan dalam mengembalikan topik sebenar dalam perbincangan agar matlamat perbincangan diperoleh. Walaubagaimanapun, ketua boleh berbincang masalah ahli kumpulan tersebut bersama-sama.
4) Dalam kumpulan boleh mempunyai banyak tujuan atau matlamat sama ada dari aspek pemberian sokongan, maklumat dan terapi. Oleh itu, ketua perlu memberi tahu kepada ahli kumpulan setiap perubahan tujuan dan topik dalam sesi perbincangan.Jika tidak ahli kumpulan akan kecewa dan keliru dengan perubahan tujuan tersebut. Apabila berlaku kekeliruan, ketua perlu jumpa dengan ahli kumpulan tersebut secara peribadi (personally) dan berbincang serta memberitahu tujuan sebenar perbincangan supaya mereka jelas dengan matlamat perbincangan tersebut.
5) Perancangan (planning) - merangka kertas cadangan
Terdapat dua jenis perancangan iaitu separa perancangan dan sesi perancangan. Separa perancangan berlaku sebelum sesi perbincangan. Manakala, Sesi perancangan pula berlaku sepanjang perbincangan.