Assalamualaikum.
Pada kelas Group Counseling pada tarikh 7.3.2018, Dr Nasir telah menyampaikan kuliah tentang "GROUP PROCESS" (Proses kumpulan).Daripada sesi kuliah yang disampaikan oleh Dr Nasir,dapat saya fahami bahawa "GROUP PROCESS" merujuk kepada proses dimana interaksi dan sikap yang ditonjolkan oleh ahli kumpulan dengan pemimpin. Ianya boleh dilihat dari 3 aliran dan jalinan interaksi iaitu bagaimana ketua (leader) react (bertindak balas dan berinteraksi ) dengan ahli kumpulan. Keduanya ialah bagaimana ahli kumpulan berinteraksi dan berkomunikasi sesama ahli kumpulan yang lain dan yang ketiga ialah bagaimana ahli kumpulan berinteraksi dan berkomunikasi dengan ketua (leader).
Selain itu, melalui sesi kuliah yang diadakan pada tarikh itu juga, saya berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas tentang Therapeutic force (daya terapeutik).Menurut Dr Nasir setiap kumpulan haruslah memiliki 4 element daya terapeutik iaitu seperti rasa diterima (tiada seseorang pun yang akan dipinggirkan),mengetahui tujuan sepanjang sesi kaunseling dalam kumpulan, rasa kepunyaan (Belongingness) dan rasa selamat (tiada perasaan ragu-ragu terhadap orang lain, percaya, tidak terancam oleh ahli-alhi yang lain). Saya merasakan apabila setiap kumpulan memiliki dan memberi tumpuan terhadap aspek Therapeutic force (daya terapeutik) ianya mampu mampu untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan kumpulan yang ditubuhkan.Contohnya apabila Therapeutic force (daya terapeutik) yang dimiliki dalam Group Counseling bagus,maka objektif dan matlamat mengadakan sesi Group Counseling akan tercapai.
Semasa didalam kelas Group Counseling bertarikh 7.3.2018, Dr Nasir turut menyampaikan kuliah tentang 15 daya terapeutik (Therapeutic Forces) yang perlu turut diberikan tumpuan dan bertimbangan. Antaranya ialah seperti kejelasan tujuan untuk pemimpin dan ahli (clarity of Purpose for both leader and members).Kejelasan tajuan amatlah penting kerana ianya membantu memastikan ketua dan ahli kumpulan jelas dengan tujuan group dan bagi memastikan topik dan isu yang dibincangkan dan dibahaskan selari dan sepadan dengan tujuan group.
Selain itu tahap kepercayaan ( level of trust). Saya merasakan ianya merupakan antara aspek daya terapeutik (Therapeutic Forces) yang perlu dilihat dan diberikan perhatian yang lebih. Hal ini kerana tahap kepercayaan ( level of trust) ianya boleh dikaitkan dengan aspek integriti.Saya memberi contoh implementasi aspek tahap kepercayaan ( level of trust) dalam sesi Group Counseling.Ahli kumpulan (group members) haruslah mempunyai tahap kepercayaan ( level of trust) yang tinggi pada ketua kumpulan (counselor ,helper) dalam menyimpan kerahsiaan maklumat dan isu yang dikongsikan dan diceritakan semasa menghadiri sesi Group Counseling.
Secara kesimpulan,saya merasakan Therapeutic force (daya terapeutik) haruslah dilihat dan diberikan penekanan yang lebih dan khusus oleh ketua kumpulan dan ahli kumpulan , kerana ianya memainkan peranan dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan sesebuah kumpulan (group) ..
Wassalam..