Therapeutic process ada empat ciri. Ciri yang pertama adalah rasa di terima oleh ahlik kumpulan. Di mana, setiap ahli kumpulan akan berasa diterima oleh ahli yang lain bagi mewujudkan suasana yang selesa. Selain itu, setiap ahli tahu apa tujuan kumpulan kaunseling pada masa itu dibentuk. Ini bagi memudahkan para ahli untuk menyampaikan masalah yang dihapai oleh mereka. Setiap ahli juga perlu rasa kepunyaan. Maksudnya setiap ahli perlu menyimpan apa sahaja cerita yang disampaikan oleh ahli kumpulan mereka. Ciri yang terakhir ialah rasa selamat untuk bercerita masalah kepada orang lain. Maka sekiranya empat ciri tersebut tidak ada maka ahli akan berfikiran negatif. Kumpulan kaunseling dibentuk dan diberitahu tujuannya adalah bagi memudahkan leader membentuk aktiviti yang sesuai. Ahli kumpulan juga perlu di hadkan bilangannya bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti malu untuk bercakap kerana kumpulan terlalu ramai. Masa juga perlu dihadkan bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya diceritakan. Bagi kumpulan kaunseling kedudukan leadaer dan ahli perlu membentuk secara bulatan. Ini kerana, memudahkan leader mendengar masalah ahli. Kumpulan ini terdiri daripada kumpulan tertutup dan terbuka. Kumpulan tertutup tidak menerima ahli lain manakal kumpulan terbuka pula ahli sedia ada wujud di dalam kumpulan dan kumpulan ini menerima ahli baru untuk menyertaainya.