RUMUSAN DARI KELAS KAUNSELING KELOMPOK (minggu ketiga)

Hasil pembelajaran saya daripada kelas kaunseling kelompok pada minggu ketiga ialah :

1) Group Process

      -merujuk kepada interaksi dan pertukaran tenaga antara ahli kumpulan dan ketua, ketua dengan ahli kumpulan dan interaksi antara ahli kumpulan sendiri.

-sebagai seorang ketua dalam kumpulan kita hendaklah memastikan setiap ahli dalam kumpulan mempunyai peluang untuk memberi pendapat dan bercakap. Terdapat dua teknik untuk memastikan setiap perbincangan dalam kumpulan seimbang (tiada yang terlalu dominan/ tiada yang terlalu pasif) iaitu teknik cutting-off dan drawing-out.

-Kumpulan yang kohesif adalah ahli kumpulan yang bukan sahaja dapat berinteraksi dengan ketua dan orang yang dikenali. Malah, dengan seluruh ahli kumpulannya juga.

-Tambahan pula, ketua yang berkemahiran akan membiarkan ahli kumpulan memberi pendapat dan komen terlebih dahulu sebelum ketua itu memberi komen. Hal ini kerana untuk memberi peluang kepada semua ahli mengeluarkan dan menyumbangkan idea dan pendapat masing-masing.

2) Therapeutic Forces

   Faktor-faktor daya terapeutik yang perlu ada dalam kumpulan ialah ;

     -rasa diterima oleh ahli kumpulan

     -tahu apa yang diharapkan

     -rasa kebersamaan (rasa dihargai)

     -rasa selesa (rasa selesa untuk berkongsi cerita)

-Apabila salah satu ahli kumpulan merasa tertekan, mereka akan berfikiran negatif,bertindak ganas,berputus asa dan apathetic( rasa tidak berminat). Sebagai seorang ketua kita perlu membantu setiap ahli kumpulan kita.

3) 15 therapeutic forces

      -setiap ketua dan ahli kumpulan jelas dengan tujuan masing-masing dalam kumpulan tersebut

      -mempunyai tujuan yang relevan untuk setiap ahli kumpulan

      -saiz kumpulan (5-8 ahli kumpulan)

      -tempoh masa setiap sesi (bergantung kepada situasi dan isu)

      -kekerapan perjumpaan (bergantung kepada isu dan kelapangan ahli kumpulan)

      -kecukupan fasiliti dan kemudahan semasa sesi perbincangan

      -tempoh masa yang sesuai untuk ketua dan ahli kumpulan menjalankan sesi perbincangan

      -sikap ketua (memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan sesebuah perbincangan)

      -kumpulan terbuka dan tertutup (mengikut keselesaan setiap ahli kumpulan)

      -ahli sukarelawan dan bukan ahli sukarelawan 

      -tahap komitmen ahli kumpulan (kerjasama antara satu sama lain)

      -tahap kepercayaan antara setiap ahli kumpulan (mewujudkan pemikiran yang terbuka dan positif antara ahli kumpulan)

      -sikap ahli kumpulan terhadap ketua

      -pengalaman ketua dan kesediaan dalam berurusan dengan ahli kumpulan 

      -keharmonian penyelarasan