JOURNAL-Group Counselling

REFLECTION- WEEK 4

ALHAMDULILLAHpada minggu keempat ini ilmu membelajaran saya semakin bertambah dan lebih menarik. Hal ini kerana saya dalam menyelami dengan lebih mendalam tentang subjek kaunseling kumpulan. apa yang saya ingin mengungkapkan disini pada minggu keempat ini saya telah mempelajari tentang apakah itu 'group process'?, ia boleh dijelaskan sebagai interacksi tenaga yang berubah antara ahli dan ketua serta ia juga boleh diperjelaskan lagi bahawa bagaimana ahli berkomunikasi antara satu sama lain dan juga berkomunikasi bersama ketua. Pada masa yang sama, saya telah diajarkan tentang 15 ciri therapeutic force. Apa yang boleh diperkatan disini adalah pembelajaran pada minggu ke empat ini sangat menarik minat saya kerana saya dan rakan-rakan telah diarahkan untuk membaca buku kaunsling kumpulan yang telah diberikan oleh pensyarahdan kami diberikan tugas setiap seorang untuk membuat pembentangan dihadapan rakan-rakan tentang apa yang kami faham. Kenapa saya katakan kelas minggu ini menarik, ia adalah disebabkan kerana bukan sahaja saya dapat menambahkan lagi pemahaman terhadap pembacaan saya malah saya turut dapat meningkatkan tahap keyakinan diri saya apabila saya bercakap seorang diri di hadapan rakan-rakan bagi memberi penerangan yang lebih ringkas dan padat terhadap pembacaan dan kefahaman saya tentang topik therapeutic forces. Ciri therapeutic yang boleh saya kongsikan disini antaranya adalah pengalaman ketua dalam memimpin kumpulan, di mana seorang ketua itu perlu mempunyai pengalaman terlebih dahulu sebelum mengendalikan kaunseling kumpulan, antara pengalaman yang mereka perlu ada adalah perlu mengetahui tentang kaunseling individu dan ketua juga perlu mahir tentang teori-teori kaunseling seperti teori REBT. di samping itu juga, untuk menambah pengalaman yang lebih mendalam, ketua boleh bekerjasama dan meminta tunjuk ajar daripada orang yang lebih pakar dan mempunyai banyak pengalam dalam mengendalikan kaunseling kumpulan ini.