Pada minggu yang ke dua, apa yang dapat saya belajar adalah mengenai prinsip utama dalam kaunseling kumpulan. Antara prinsip utamanya ialah seseorang itu tidak kisah dipimpin oleh siapa, asalkan pemimpin itu adil. Kaunseling juga perlu dijalankan secara harmoni dan tidak memberikan kebosanan kepada client yang mencerita masalah. Bagi mengelakkan kebosanan komunikasi yang baik perlu diterapkan. Tujuan kaunseling juga perlu jelas. Ini bagi mengelakkan kumpulan kaunseling berceita mengenai hal yang tidak sepatutnya dibincangkan. Style kepimpinan dalam kumpulan ada tiga, iaitu active style, pasif dan membimbing. Active style ialah ketua hanya mendengar masalah client, manakala pasif style pula ketua terlibat dan client yang menentukan arah tuju dan kandungan. Style membimbing pula di mana Dr memberikan maklumat mengenai tugasan dan pelajar perlu membuat tugasan tersebut sehingga selesai. Semasa kelas ini juga saya mendapat maklumat terhadap perbezaan interpersonal dan intrapersonal. Di mana, interpersonal ialah interaksi di antara rakan dan intrapersonal, interaksi terhadap diri mereka sendiri. Tahap untuk berkongsi maklumat atau masalah di dalam kaunseling kumpulan ada tiga iaitu tahap permulaan, tahap pekerjaan dan tahap penutup. Di dalam tahap permulaan, ketua perlu memperkenalkan diri, beritahu tujuan kaunseling ini di adakan dan bentuk kepercayaan kepada client. Selain itu, beritahu undang-undang dan tempoh masa kaunseling itu dijalankan. Manakala proses yang ke dua pulan client dan ahli kumpulan yang lain perlu fokus terhadap tujuan yang hendak dicapai. Di dalam tahap ini client perlu lebih berkongsi masalah. Pada pengakhiran sesi iaitu pada tahap penutup client dan ahli kumpulan yang lain perlu bersepakat untuk memilih jalan penyelesaian yang dihadapi oleh mereka.