Pada minggu pertama belajar mengenai kaunseling kumpulan saya dapati banyak kelebihannya. Antaranya memudahkan helper menyelesaikan masalah. Ini kerana, client berkongsi masalah yang sama. Selain itu, menjimatkan masa bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini demikian kerana, masalah yang sama di antara client membantu helper memberikan bimbingan yang sama. Di dalam kunseling kumpulan juga dapat menambahkan maklumat client dan helper. Maklumat tambahan di dapati melelui perkongsian cerita daripada client. Client juga mudah untuk meluahkan masalah yang dihadapi. Ini kerana, mereka berasa yakin diri untuk berkongsi cerita disebabkan oleh kawan yang lain turut berkongsi cerita. Kaunseling kumpulan turut mempunyai kekurangan. Antara kekurangannya ialah tidak ada kerahsiaan. Tiada kerahsiaan yang boleh disimpan oleh client disebabkan client sudah menceritakan masalah yang di hadapinya di hadapan client-client yang lain. Client juga berpotensi mengatakan benda yang sama. Ada kemungkinan kejadia seperti itu berlaku kerana client tidak mempunyai idea yang lain. Pada minggu ini juga Dr memberitahu ciri-ciri seorang ketua yang effective. Antara cirinya ialah confident, pendengar yang baik dan empati. Jenis kumpulan yang boleh dibentuk untuk menjadi kumpulan kaunseling ialah kumpulan education, kumpulan pembimbing, kumpulan perbincangan atau kumpulan tugasan.