Bab 1 membincangkan apa itu kaunseling kumpulan. Kaunseling Kumpulan melibatkan seorang pemimpin (couselor, helper, or etc) dan beberapa responden/klien untuk membincangkan masalah-masalah atau perkara-perkara yang berkaitan. Kebiasaannya, pemimpin dalam kaunseling kumpulan mengfokuskan kepada perbezaan individu dan masalah mereka, kemudian, ahli kumpulan yang terlibat dalam kauseling kumpulan akan cuba untuk membantu antara satu sama lain dengan bimbingan daripada pemimpin. Kaunseling kumpulan berbeza dengan terapi kumpulan. Antara perbezaannya adalah matlamat sesebuah kumpulan. Kaunseling kumpulan fokus kepada pembangunan, perkembangan, peningkatan, kesedaran diri dan sebagainya, manakala kumpulan terapi fokus kepada isu-is yang berkaitan dengan rawatan dan pembangunan personaliti. Dalam bab ini juga membincangkan berkenaan ciri-ciri keberkesanan pemimpin dalam melaksanakan kaunseling kumpulan.