Reflection /
HELLO..

today is my second day here..smkin menarik plak kursus nih..hehe..pagi tadi ada talk dri IR Hayati..pergh...banyak dia pnya title.. tak hairanla kenapa orang selalu pnggil dia buat talk..memang msok otak setiap apa yg dia cakap..so convince gile..sangt2 tertarik dengan beliau..dan dengan kata2 beliau juga buat saya berfikir dan menetapkan matlamat untuk masa hadapan..Dan di sini ingin saya kongsikan sedikit tips bersama kawan-kawan.

1. " pemakaian mencerminkan diri"

Kata Ir Hayati, mana2 syarikat pun akan memandang cara pemakaian kita  ketika melangkah masuk untuk di temu duga. Seharusnya jangan lah memakai pakaian yang gelap kerana ini menujukkan bahawa calon tidak yakin pda dri sebaliknya pkai pakaian yang berwarna cerah atau untuk berada dalam keadaan selamat calon bolehla memakai pakaian berwarna lembut.

2. Perwatakan

Calon sepatutnya berperwatakan menarik seperti pandai berhujah, mudah bergaul, mesra dan ramah, berdikari dan sebagainya. Selalu soalan yang diatanyakan ialah " berikan alasan mengapap kami harus memilih kamu?" Calon dinasihatkan menjawab dengan pnuh yakin beserta butir2 yang selengkapnya untuk meyakinkan penemu duga supaya memilih calon.

3. Berpengetahuan

Sebelum di temu duga, calon dinasihatkan supaya melengkapkan diri dengan pelbagai isu. Ini juga dapat menark para penemu duga kerana mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Ini juga boleh di jadikan sebagai aset syarikat ketika berurusan dengan syarikat luar.

Ini adalah sedikit dari tips yg diberikan oleh Ir Hayati. Selebihnya kita sebagai calon juga haruslah bersedia dari pelbagai aspek.sekian.trima kasih!