HARI PERTAMA
Perasaan datang UTM?
Tiada perasaan...
Sebab datang utm?
Meneruskan pelajaran...
Apa yang anda fikir?
Belajar....belajar..belajar...
Matlamat datang UTM?
kebingungan menjawab soalan ini..![]()
(kesimpulan narrator: apa la dia tu.... bosan betul)
4 MINGGU KEMUDIAN
Perasaan datang UTM?
Seronok... banyak kawan yang ambil berat... saling bertukar pendapat... banyak memberi tunjuk ajar kepada saya terutama lecture di sini... Yang paling best bila ramai di antara kawan saya yang sering mengajak saya untuk membuat kebaikan..
Sebab datang UTM?
Mendidik diri, akal, jiwa supaya lebih matang... mengubah cara hidup supaya lebih dekat dengan ALLAH... dan yang paling peting sekali mencari Keredhoaan ALLAH.
Apa yang anda fikir?
Rupanya live d matrikulasi sangat berbeza d universiti (U)... Bila dah datang U, baru saya memahami erti sebenar kehidupan sebagai mahasisiwi. Rupanya bila saya datang sini bukan untuk belajar semata-mata berjaya mendapatkan segulung ijazah tetapi mencari pengalaman hdup supaya menjadi seperti insan bukannya orang. Untuk itu, saya perlu merebut peluang yang ada ini untuk menceburi perkara yang saya sendiri tidak pernah lakukan...InsyaALLAH
Matlamat datang UTM?
InsyaALLAH saya berazam untuk menjadi muslimah yang bersaya dan anak yang solehah yang dapat menjaga nama baik ayah dan ibu saya serta mahasiswi UTM yang cemerlang dari setiap aspek.....![]()
(kesimpulan narrator: amboi panjang pula jawapan dia ni.... tak faham betul aku!!!)