Allo, assalamualaikum..kabare?waras..
Okay harini nak share some tips berkenaan persiapan untuk menghadiri sesi temuduga if korang terpilih untuk temuduga sama ada berkaitan bidang kerja atau pun menyambung pelajaran k..setiap orang mungkin ada cara tersendiri dalam persediaan menghadiri temuduga tapi harini tips atau pun actually pendapat aku sendiri aku nak kongsikan berdasarkan pengalaman interview waktu aku nak dapatkan kerja dulu dan interview untuk sambung study dalam bidang pendidikan. Just a simple tips so, mana yang korang rasa tak berapa nak tahu tu boleh la ushar-ushar k. :P
Ok la 1stly masa korang dapat panggilan temuduga tu kan, mesti rasa excited gila kan bayangkan beribu-riban yang memohon at last kita antara yang terbaik yang terpilih. Ye dak? Tapi jangan pernah lupa untuk ucap rasa syukur Alhamdulillah taw sebab tanpa doa ibu bapa yang tak putus-putus mungkin agak mustahil tuk korang dapatkan peluang keemasan tu. So, lets cekidout perkara-perkara penting dalam persediaan menghadapi temuduga k;
1) Sediakan keperluan secukupnya
Pertama sekali, sediakan keperluan seperti resume siap dengan gambar, sijil-sijil akademik contohnya Slip keputusan Pmr Spm Stpm atau pun yang sijil waktu kat universiti dan berkaitan dengan kerjaya, sijil-sijil Kokurikulum atau pun pencapaian tertinggi waktu sekolah dan di peringkat unversiti (sijil kau masuk pertandingan nyanyian waktu darjah satu tak payah la bawa kalau kau nak interview jadi engineer kan!! :p) Senaraikan list penting dokumen yang diperlukan mengikut nombor dan tick satu persatu yang dah disediakan ok. Tapi jangan pulak esok kau nak interview malam tu baru sibuk buat penyediaan dokumen segala sebaik-baiknya buat seminggu lebih awal.
2) Esok dah interview, malam perlu buat apa?
Straight to the point ok, sediakan keperluan pakaian untuk esoknya, sediakan stokin dengan 'kasut tutup' siap berkilat. HAA jangan pakai pakaian yang warnanya terlalu terang tapi sebaiknya pakai pakaian 'Earth Colour' macam coklat, biru atau hijau dan ELAKkan pakaian menjolok mata. Fesyen pula jangan terlalu havoc sebab temuduga ni kan formal meeting. Tidur seawal mungkin dan jangan dok fikir alahai esok boleh jawab ke tak ni silap haribulan kau memang tak boleh jawab. Tapi sebelum tu kena sediakan ilmu yang secukupnya dari pengetahuan am sampai lah ke bidang kerjaya tu. Sebelum tidur pula, doa agar diberikan kemudahan untuk bangun awal dan temuduga berlangsung dengan lancar.Tehee *before bergerak ke pusat temuduga, check sekali lagi semua dokumen yang diperlukan dan HARUS lah snap diri anda dahulu untuk melihat 'kecomelan' anda pada hari itu. Ahahah :P
TIPS 4 woman; Gunakan solekan sederhana agar muka tak nampak kusam dan sebaiknya pakai tudung express. Letakkan ais kat muka sebelum memakai alat solek agar kulit muka tak nampak kering sangat dan ni la antara baju EARTH COLOUR yang simple. Lastly, Ambil la wudhuk agar seri wajah akan terserlah. itu sajoo~ (biarpun hakikatnya korang tak cantik tapi 'be kompiden' sikit aritu kamu la orang tercantik sekali di antara calon yang lain!!kah3)
3) Soalan Temuduga (Thinking Skills)
Ok, 1stly soalan yang sering ditanya adalah berkenaan dengan peribadi contohnya pasal family background so for me jangan terlalu lurus bendul tapi jangan pula kelentong habis. Erkk??contohnya kalau penemuduga tanya pasal perangai korang kat rumah tak payah tunjuk lagak habis cakap setiap hari kau bangun pukul 4 pagi tolong tanak nasi, turun kebun sampai tengahari kau balik rumah makan ubi kayu lepas tu kau pergi hutan pulak memburu bla bla bla..Memang tak logik akal walau pun ada sebahagian dari kita yang kehidupannya memang macam tuh. Just be yourself dan kelentong sikit-sikit sudah la(Erkk!!jangan tunjuk riak sudah) Dalam erti kata lain jangan berlebih-lebihan.
Then soalan yang pemes juga adalah berkaitan
isu semasa atau pun pengetahuan am contohnya kejadian terbaru di Malaysia adalah Tragedi Hulu Langat Selangor iaitu isu tanah runtuh. So, kena rajin buka newspaper atau pun rujuk
http://www.bharian.com.my/ untuk mengetahui info terkini dalam pelbagai bidang especially berita mutakhir tu. Then mungkin diorang akan
tanya pendapat pasal news tu so cakap biar berlandaskan pengetahuan kalau tak tahu cakap tak tahu! jangan pula soalan berkaitan Angkasawan tapi kau jawab pasal Politik Malaysia. Erkk!! Then kena
alert juga dengan Menteri Kabinet Malaysia atau pun rujuk jawatan penting menteri yang ada kaitan dengan bidang korang sekarang bukan kau rujuk Menteri Kabinet 2008 pulak dah basi dah Dek Oii serta kena tau bidang tugas diorang..
Lepas tu diorang akan tanya pasal bidang kerjaya pulak contohnya tugas seorang setiausaha, kerani, pegawai dll. Then kalau dapat jawab diorang akan bagi satu situasi yang memerlukan korang berfikir sendiri dan menjawab dengan yakin so dari situ mereka dapat nilai kita ni pekerja yang macam mana. Sebelum menjawab tu, kena fikir baik-baik sebabnya kemungkinan diorang akan menggasak dengan lebih banyak soalan critical thinking. Untuk mereka yang bakal bergelar student Universiti soalan di atas lebih kurang juga taw cuma soalan berkaitan critical thinking akan dipersoalkan mengikut field korang. CTH; interview untuk masuk bidang pendidikan
Penemuduga 1; antara Sejarah dan Geografi apa bidang yang lebih senang?
Calon; Geografi (Jawab dengan tenang yee..)
P.1; Ok, berapa kadar indeks pencemaran di Malaysia?
Calon; (Senyum..) kadar indeks pencemaran menjadi sangat bahaya apabila kadar IPU berada pada kadar 301-400..(kalau tak tahu cakap 'maaf, saya tak tahu*senyum) keh3
notes* soalan actually tak la mendalam sangat cuma kena buat persediaan juga
4) Perkara yang patut dan tak patut buat semasa sesi temuduga
Ketika masuk ucapkan 'Selamat Pagi' atau petang mengikut keadaan waktu masa tu dan berlagak selamba then senyum. Jangan duduk dan berjabat tangan selagi penemuduga tak suruh dan menghulurkan tangan. Selepas disuruh duduk barulah ucap terima kasih dan tegakkan badan dan letakkan kedua-dua tangan kat atas peha korang. Ketika diajukan soalan, jangan goyangkan kaki dan gerakkan tangan macam kau nak berpidato atau bersyarahan masa tu. Sentiasa hulurkan senyuman dan menjawab dengan tenang soalan-soalan yang diberikan dengan memandang tepat ke arah penemuduga. Lagi satu jangan asyik pandang keadaan sekeliling seolah-olah tak selesa berada dalam bilik tu. Akhir sekali, tunjukkan kesungguhan dan keinginan anda untuk menggalas tugas dalam kerja tu mahu pun bidang kerjaya yang korang perlukan tu tapi jangan pula merayu melebih-lebih bimbang penemuduga tu sendiri jadi takut ambil pekerja atau pelajar macam kau. Ehehh!!Jangan lupa ucapkan terima kasih sekali lagi selesai sahaja sesi temuduga dijalankan dan kekalkan kesantunan sehingga keluar dari bilik penemuduga.
Apabila ditanya berkenaan kesanggupan korang menggalas tugas dalam bidang tu so sebelum datang temuduga tu fikir tujuan dan niat sebenar korang. Adakah korang sanggup dihantar kerja ke tempat yang jauh atau memegang jawatan yang berat? Atau pun adakah korang akan belajar rajin-rajin sekiranya diterima untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang yang korang pilih ni. Tepuk dada tanya hati, semua di tangan anda