Salam sejahtera kepada semua, saya Huzaifah bin Mohd Muhridza seorang pelajar jurusan kejuruteraan Elektrikal di universiti terkemuka di Malaysia ini. Mendaftar di sini 2 minggu lewat kerana merupakan pelajar sesi pengambilan kedua.
Mula mendapatkan pendidikan awal di Tadika Ihsan,UTM seterusnya menjejakkan kaki ke alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai. Mendapat pendidikan menengah di SMK Taman Universiti sehingga tingkatan tiga dan memulakan kehidupan sebagai pelajar sekolah berasrama penuh di MRSM Alor Gajah,Melaka. Kemudian mendapat tawaran untuk belajar di UiTM dalam jurusan Asasi Kejuruteraan. Mendapat tawaran awal untuk meneruskan Ijazah Sarjana Muda di UiTM dan mendaftar selama 2 minggu kemudian mendapat tawaran ke UTM. Berasa bersyukur kerana mendapat 2 tawaran untuk menyambungkan pelajaran oleh 2 universiti terkemuka di Malaysia tetapi tetap memilih UTM.