PSSCUTM 21-KNIGHT RUN 2020 /
TEAM BUILDING 2019

TEAM BUILDING 2019

Tarikh: 7 November 2019

Tempat: Pantai Telur Gorek, Mersing

Pengajur: Persatuan Pendidik

Jawatan disandang: Peserta

 

Pada 7 November 2019 sehingga 9 November 2019 saya telah menyertai program Team Building di Pantai Telur Gorek, Mersing. Program ini melibatkan pelajar pelajar Tahun satu Fakulti sains sosial dan Kemanusiaan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan pelajar - pelajar tahun satu yang baru sahaja masuk ke alam universiti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti contoh sukaneka dan aktiviti sukan.

Melalui penglibatan saya didalam program ini, terdapat banyak nilai dan pengalaman baru yang dapat saya pelajari semasa tiga hari menyertainya. Yang pertama, melalui program ini saya dapat memupuk semangat berpasukan dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, sepanjang program ini dijalankan setiap aktiviti dilaksanakan secara berkumpulan. Pada hari pertama, setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kami perlu melakukan setiap aktiviti secara dalam kumpulan. Selain memupuk semangat berpasukan, kemahiran berkomunikasi juga dapat dipertingkatkan. Para pelajar dapat memupuk kemahiran komunikasi kerana setiap peserta yang menyertai program ini merupakan para pelajar yang berbeza kursus dan merupakan pelajar pelajar baharu yang belum pernah berkenalan.

Kesimpulannya pada pendapat saya, program seperti ini perlu sentiasa dilaksanakan kerana terdapat banyak manfaat yang akan diperoleh para pelajar melalui program ini. Selain memberi kebaikkan dan manfaat dari segi ilmu dan kemahiran, melalui program ini Fakulti dapat memperkenalkan Negeri Johor kepada para pelajar yang bukan berasal dari Negeri Johor dan sebaliknya jika program ini dijalankan di luar johor. Hal ini kerana, program seperti ini dapat memberi peluang kepada para pelajar yang mungkin tidak mempunyai peluang untuk pergi melawat ke tempat tempat seperti itu.