PSSCUTM 21-KNIGHT RUN 2020 /
PSSCUTM 21-KNIGHT RUN 2020

Tarikh: 21 FRBRUARI 2020 (JUMAAT)

Tempat: DATARAN L50,UTM JOHOR BAHRU

Masa: 7.30 - 11.00pm

Penganjur: Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Teknologi Malaysia

Jawatan disandang: Peserta

 

Sebagai seorang mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia, terdapat pelbagai program yang telah saya sertai antaranya ialah “PSSCUTM 21-Knight Run 2020” yang di jalankan pada 21/2/2020 pada hari Jumaat. Program ini merupakan anjuran daripada kerjasama Universiti Teknologi Malaysia bersama Persatuan Silat Cekak yang diadakan di Dataran L50, UTM Johor Bahru. Program ini adalah program larian pada waktu malam dan penyertaan terdiri daripada mahasiswa mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia, kakitangan UTM serta orang awam. Larian ini adalah sepanjang 5 Km dan setiap peserta boleh mendaftar secara Individu atau kumpulan. Pembayaran untuk pendaftran tersebut adalah berbeza seperti untuk orang awam dalam lingkungan RM40 hingga RM45 manakala untuk mahasiswa serta kakitangan UTM dalam lingkungan RM35 hingga RM40. Melalui program ini peserta akan memperoleh baju larian, pingat larian, bib larian, E-certificate dan merit utm.  

Antara pengalaman yang saya peroleh ketika menyertai program ini sebagai seorang peserta ialah larian ketika waktu malam. Ini merupakan pengalaman pertama saya menjalankan aktiviti tersebut dan ia merupakan pengalaman yang seronok apabila dapat berlari bersama rakan-rakan dan mengenali ramai orang. Ketika di program tersebut, terdapat juga persembahan silat dan aktiviti senamrobik sebelum memulakan larian. Walaupun sedikit keletihan namun saya sabagai peserta sangat gembira sepanjang program tersebut dijalankan. Melalui program larian Knight Run ini, saya memperoleh pelbagai pengajaran dan kebaikan iaitu semangat berpasukan untuk memastikan rakan-rakan terus menghabiskan larian sehingga ke penamat. Selain itu, dapat menyihatkan tubuh badan dan menguatkan stamina seseorang. Bersukan dapat menjamin kesiahatan individu kerana ia melibatkan penggunaan fizikal dan juga mental seseorang. Tambahan pula, bersukan adalah Langkah yang jelas dalam mengelak daripada penyakit-penyakit yang kronik antaranya ialah obesiti.

Secara kesimpulannya, program ini memberikan impak yang positif kepada saya mengenai kelebihan menjalankan aktiviti sukan iaitu dapat meyihatkan tubuh badan, meningkatkan semangat kesukanan dan mencergaskan minda. Melalui aktiviti ini juga saya dapat menambahkan kenalan saya serta mengeratkan hubungan bersama rakan-rakan. Akhir sekali, faedah bersukan kuga dapat menjamin kesihatan diri, mengurangkan stress, memupuk semangat setia kawan, dan membanteras gejala tidak sihat di kalangan masyarakat.