PSSCUTM 21-KNIGHT RUN 2020 /
Workshop Phoneography 2021

Tarikh: 01 JUN 2021 - 06 JUN 2021

Tempat: Facebook Live

Penganjur: Persatuan SEJATI

Jawatan disandang: Bendahari

Persatuan Secretariat Anak Johor UTM (SEJATI) telah mennganjurkan sebuah program JMJ iaitu Jambori Mahasiswa Johor. Antara program yang dianjurkan adalah Workshop Phoneography. Program JMJ ini dijalankan atas talian pads bukan Jun 2021 dan dikenali sebagai E-Jambori.

Saya telah dipilih sebagai penolong bendahari bagi Program Workshop Phoneography di bawah anjuran E-Jambori ini. Pengalaman menjadi bendahari ini telah membantu saya untuk belajar berkomunikasi dengan orang. Melalui program ini juga dapat mengajar saya cara untuk mencari sumber kewangan dari pihak luar. Namun, Terdapat masalah yang saya hadapi ketika mengendalikan kewangan ini. Semua yang saya hubungi tidak dapat menyumbangkan dari segi kewangan. Masalah ini membantu saya untuk belajar sabar Dan berfikiran terbuka.

Program Workshop Phoneography adalah program yang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar UTM mahupun pihak luar yang mengikuti program ini mengenai cara mengambil gambar dan video menggunakan Telefon pintar dengan betul supaya hasilnya kelihatan lebih menarik. Program ini telah menjemput saudara Aiman Afiq bin Sahrolnizam yang merupakan seorang pekerja di syarikat Entertainment, Education and Admission Host (EEA) in Sealife, Malaysia.